Tuesday, August 31, 2010

selamat hari raya&puasa

di sini mungkin aku menulis..di hati aku tidak tergambar betapa aku merindui saat aku ketika aku dibelai manja oleh nenek ku..mungkin kehilangan nya menjadi satu tamparan hebat yang membelengu diri ku..tidak bermaya aku melangkah kaki untuk mengejar apa yang aku hajati selama ini,jauh di lubuk hati aku,aku masih tercari simbolik nya sesuatu kehidupan,kegembiraan nya sesuatu perjalanan..mungkin ramai menyangka aku antara manusia yang bertuah berjaya hidup dengan keadaan ku yang penuh dengan onak ranjau dalam kehidupan aku sebelum ini,tetapi hakikat nya tidak,aku membesar dengan pengadai diri,aku di didik dengan keimanan hati..aku mengerti setiap langkah pasti akan menjadi tanda tanya setiap manusia yang mengenali diri ku,tercampak aku,ternoda aku.aku hanya tahu mengeluh,aku tidak yakin dengan diri ku,aku tidak percaya dengan takdir ku,selalu aku mengintai setiap ruang nafas ku untuk menerima kesakitan ini,untuk menerima luka ini,aku takut,aku hilang dalalm kekecewaan silam,tidak gagah aku memutarkan roda yang hanya seberat kapas,tidak terdaya aku membawa seketul daging yang hanya seberat paku..diri ku sentiasa berfikir,di  mana kekuatan ku,di mana keberanian ku..setiap liku hidup ku.aku tangani dengan penuh rembesan air mata,walaupun diri ku hanya penuh dengan seyuman,gelak ketawa namun hakikat nya segala permasalahan aku menjadi kan aku seperti lelaki yang hilang kawalan,aku sentisa merintih di depan sebutir kapur yang aku tahu tidak mungkin kapur itu akan menolong ku,aku bergerak dengan kaki ku yang penuh kesakitan menahan berat dunia ku..ketika rakan-rakan lain sibuk berbicara kan tentang kegembiraan menyambut sesuatu perayaan aku merintih kesakitan di dalam seyuman,aku menagis di dalam kegembiraan..aku tahu aku patut merubah jalan hidup aku,tapi seperti yang aku cuba luah kan..tidak sekuat itu untuk aku meneruskan..diri aku masih tercari nikmat sebuah kehidupan....

Wednesday, August 25, 2010

di mana kesudahan nya

Keputusan ujian yang aku jalani di hospital mengesahkan bahawa aku menghidap  kanser paru-paru,mungkin kerana keturunan ku atau pun cara pemakanan ku yang tak seimbang..aku merasakan Sesuatu akan berlaku di dalam hidup ku,aku hilang arah,ketakutan dan aku mula menyendiri  mula mengasingkan diri ku  daripadda teman-teman ku yang lain..bagi ku,aku tidak mempunyai apa-apa lagi untuk dicapai..walaupun aku selalu menjalani rawatan untuk melambat kan lagi proses jangkitan kanser tersebut.Kini aku semakin lemah dan semakin tidak bermaya untuk berpijak di bumi nyata..
**********************************************************************************
“Shah,sejak dua.tiga minggu ni sya Nampak shah murung je..kenapa ni??”,,aku disapa oleh gadis yang mana gadis tersebut adalah gadis yang aku minati dan juga rakan sepermainan ku sejak aku bersekolah tadika lagi,.ketika ini aku menghadap luar jendela kelas ku dan kebetulan sya terlihat akan kesugulan yang terpancar di muka ku..aku menjawab ringkas dan agak kasar bahasa ku..tidak tersedar ayat itu yang akan terkeluar dari bait lidah ku..”shah ok.jangan gangu shah k”..sya terkesima,terkejut dengan jawapan yang dibalas oleh shah..suara kasar shah itu juga menarik perhatian amin,yang duduk tidak jauh dari barisan tempat duduk shah…dengan pantas amin mencelah..”shah?!..kenapa dengan kau ni??aku tak pernah tengok ko berucap kasar dengan sya..jangan kurang ajar shah..kita ni dah lama kenal..ada masalah bagitahu..share sama-sama..”shah membatu mendengar tempikan amin..”aku gerak dulu..salam..”shah mula melangkah kaki keluar dari kelas tersebut walaupun tahu kelas nya akn bermula sebentar lagi..sya dan amin terduduk diam melihat kelakuan rakan  nya yang amat berlainan dari  yang sebelum-belum ini..sya memujuk diri nya bahawa shah mungkin kepentan  ataupun tertekan dengan exam yang akan datang  pada hujung bulan ini..walaupun sya mengetahui shah bukan orang yang sebegitu..
**********************************************************************************
Shah duduk merenung sehelai kertas yang berterbangan di tempat menungu bas,seolah-olah memberi isyarat bahawa masa suka nya di dunia akan berakhir tidak lama lagi,helaian kertas itu penuh dengan kesugulun terbang melayang ditiup angin sepoi..”vroom!!”..kertas itu secara kasar disapu laju oleh angin deras sebuah motor..”shah tersentak lalu bangun kasar daripada lamunan nya..dan mngeluh…”erm..dunia..di mana aku akan berakhir…???”……
Dari jauh sepasang mata ayu melihat kelakuan shah..farah..gadis yang juga teman sepelajaran shah,namun beliau terpaksa menamatkan pengajian  nya lebih awal kerna bapa nya terpaksa berpindah ke luar Negara atas urusan kerja..sepanjang pengenalan farah dan shah..farah tidak pernah melihat kesugulan shah yang mana mungkin akan terpamer diwajah lelaki periang itu..shah tidak perasan akan kelibat farah yang memandang nya sejak awal dia melabuhkan punggung di station bas tersebut..shah melangkah penat,sugul..di dalm kepala nya bertabur seribu manik yang tidak dapat dibilang menggunakan jari apatah lagi mengunakan calculator..setiba nya di depan farah..farah memanggil lembut lelaki yang dipandang penuh simpati itu,jauh di sudut hati aku ingin mengetahui apa yang bermain di kepala lelaki tersebut..”shah…jalan sekali dengan farah boleh…”shah tidak memandang,mungkin tidak dengar panggilan daripada farah..farah memanggil sekali lagi,dengan nada yang agak kasar..”shah!..farah ni..”..shah tersentak…eh…farah..erm,..apa?bukan farah dah quit dari kolej ker?apa buat kat sini??..”larh..dia ni..aku bukan main kesian tengok dia,dia bole pulak tanyer aku buat apa kat sini..baru nak mood jiwang,potong betul mamat ni..”keluh farah sambil menatap wajah pemuda yang kelihatan tekejut melihat kelibat nya di situ”..tak ada apa,farah nak jalan-jalan dengan shah sebelum farah pergi Scotland dengan papa esok..erm..shah Nampak macam kusut je,shah ada masalah ke??”..farah memulakan pertanyaan..”tak ada apalah..cuma terfikir Sesuatu..”aku membalas sambil menguis batu di jalan yang mereka lalui tersebut…”fikir apa ni,shah tak pernah pun macam ni,selalu shah happy je,ceria..farah membalas..”aku termenung jauh..lama juga aku hendak membalas pertanyaan farah..”farah pernah dengar tak..sebelum kematian seseorang..kita akan melalui saat 100 hari tanda kematian itu..itupun bagi orang yang terpilih..”farah tersentak..”ha??”kenap….”laju shah memotong percakapan farah..”bagi yang muda macam kita ni kalau kematian itu kita rasa pasti kita akan tertanya-tanya kan..di mana lagi keseronokan dan di mana lagi segala apa yang kita hendak capai akan berkhir,jika kita terlebih dahulu mneninggal kan dunia ini..”shah….”farah memanggil lembut…”kita kena terima setiap apa yang berlaku dalam diri kita,itu dah ketentuan Nya…shah jangan la fikir bukan-bukan..”jauh farah memandang  ke dalam wajah lelaki itu,terdetik seribu persoalan mengenai soalan yang diajukan kearah nya sebentar tadi,terasa Sesuatu yang amat menyedihkan akan berlaku kelak..”shah berlalu pergi..tanpa mngucapkan salam kepada farah..”hilang nya lamunan,farah terpanar sebentar melihat kelibat shah sudah tiada di sebelah nya..
**********************************************************************************
Suasana di KLIA agak lengang,mungkin harini tidak banyak flight yang akan berlepas,”getus hati farah..”..papa serta mama nya agak kelam kabut,sepengetahuan farah,setiba nya di Scotland nanti papa nya akan terus pergi menghadiri mesyuarat tergempar yang mana bapa nya akan terus diberi jawatan besar dalam sebuah syarikat dari Malaysia yang berpangkalan di Negara tersebut..”ah..aku hanya mengikut kemahuan keluarga je..tak pernah pun parent aku Tanya apa yang aku nak,asik suruh aku ikot cakap dorang je..ingat aku ni batu melintang apa nak kna tarik je sepanjang masa..dah la korang tu memanjang je sibuk nye..peduli aku pun tak..asik bagi duit,parent lain pun boleh bagi juga..huh..”gomel farah di dalam hati sambil memunciungkan mulut nya yang comel itu..”
Tanpa ada ucapan salam,terdengar suara pekikan yang memanggil nya dari jauh..”farah!!!”ko  kalau ye pun, nak jadi orang putih bagitau  la awal-awal..tak ada lah kitaorang kena bangun pagi-pagi dating KLIA ni,..”jerit amin dari jauh..juga kelihatan sya dan shah berjalan laju ke arah nya..”uish..terharu nya aku..ko ingat juga time aku nak berlepas jadi orang putih ye amin..”peril farah sambil melihat wajah shah..”hurm..shah..i love u..”gesis hati kecil farah…”buk..!amin menumbuk bahu farah..”weh..aku rindu la kat ko nanti,ko pun tau aku ni ada hati kat ko..ko jangan la pergi tak balik-balik pulak..”amin memain kata..”haish..aku pergi terus la kejap lagi..tak nak aku balik jumpa ko dah..”hahaha..farah ketawa besar..”farah ni…cakap camtu la..aku ni nanti nak belajar masak dengan siapa kalau ko tak balik-balik lagi dah..”jerit sya memulakan bicara”..shah duduk di bangku,termenung..pelbagai pertanyaan dan persoalan bermain di kepala nya..mimpi-mimpi nya..kelibat orang tua menegur nya..dan pelbagai lagi..”shah..”farah memanggil..npe ni..farah dah nak pergi dah kejap lagi..kena lah happy sikit..”di sudut lain,amin dan sya berbual dengan parent farah”..”farah..shah nak tanya ni,betul ke farah pergi tak balik lagi dah…”shah bertanya kepada farah dengan suara yang manja..”eh..farah balik,tak kan la farah nak lupakan kawan-kawan farah..lagi-lagi shah..dah la tak nak la macam ni..happy la sikit..”terasa sedikit kelainan di wajah shah,selama dia berkawan dengan lelaki itu tidak pernah sekalipun dia akan bertanya soalan yang begitu romantik seperti tadi..”berbunga hati farah..”shah bukan apa..shah nak ada orang yang shah sayang bila shah nak pergi nanti..shah nak orang yang shah sayang ada dekat sebelah shah..pegang tangan shah...”terkesima farah mendengar bait-bait perkataan yang terpacul dari mulut shah..bagi farah,sesuatu perkara yang akan berakhir,pasti akan terlintas kegembiraan di akhir jalan itu..”ye..farah balik..lagipun setahun je lagi farah dekat sana..”walaupun hati farah berbelah bagi,samaada betul atau pun tidak dia akan kembali ke Malaysia mahupun ke pangkuan shah..terasa perasaan nya penuh dengan tekateki…”erm..kalau itu cakap farah..shah lega dengar..shah tunggu farah pulang k..”shah berkata sambil memegang tangan farah..”senyuman manis shah menampakkan lagi keromantisan shah pada saat itu..bahagia,dan titisan mata aku dengan tiba-tiba mengalir lembut…”
“Intercom mula berkumandang..dan itu menandakan aku akan meninggalkan sya dan ain serta orang yang mula aku sayangi iaitu shah untuk selamanya ataupun mungkin untuk ruang masa yang sebentar  sahaja,aku tidak tahu kenapa aku berperasaan demikian..”farah termenung,dan melihat jalur-jalur tangan nya semakin pudar..”farah..shah sayang farah..shah tunngu farah balik ok..”shah berkata sambil mengengam erat tangan farah…
********************************************************************************
Berita tentang kapal terbang yang memusnahkan hampir separuh anak kapal akibat daripada masalah kipas sebelah kiri yang tidak dapat dikawal oleh juruterbang apabila membuat pendaratan cemas di sebuah hutan tebal tidak jauh daripada kawasan kemaman menggemparkan masyarakat di Malaysia..dan berita ini juga membuatkan shah berasa tidak selesa dan mula merasakan bahawa farah mungkin tidak terselamat..selang beberapa jam kemudian shah mendapat panggilan daripada amin yang mengesah kan bahawa apa yang dijangka nya tepat..shah mula hilang arah..dunia nya seperti gelap..apa tidak nya,selama ini maut yang dirasakan akan muncul di dalam diri nya,rupa-rupa nya hanya mainan perasaan ataupun satu daripada gerak hati yang menyatakan bahawa dia hanya merasa..tetapi bukan dia yang menerima…
Sya dan amin..bersimpati terhadap apa yang berlaku..bagi sya walaupun dia hanya memendam perasaan,dan amat iri hati melihat shah mula menunjukkan perasaan nya terhadap farah namun mungkin itu semua adalah takdir Nya..Ya Allah jika benar ini dugaan mu..berikan lah kami kekutan dan berikan lah mereka yang terbunuh dalam kemalangan itu rahmat Mu…moga mereka pergi dengan aman nya..
Selepas 5tahun berlalu..aku masih mengingati semua ini..sya dan amin telah mencapai impian masibg-masing..aku..perasaan itu..mula memanggil aku..kanser yang aku alami beransur pulih..aku bersyukur..namun perasaan itu tetap mengejar ku….aku mungkin pergi….
**********************************************************************************cerita ini mungkin mainan minda ku..dan aku aisyah hamid adalah sebahagian daripada apa yang telah berlaku…mungkin ini hanya sebuah rekaan..tetapi buku yang shah tinggal kan kepadaku sebelum beliau terlibat dalam kemalangan di sebuah lebuhraya..mengingatkan ku kepada kata-kata beliau..”mungkin shah akan pergi..tetapi farah yang merasai..dan farah yang dipanggil dahulu..dan kebenaran dari sebuah panggilan kematian hanya dirasai oleh orang yang betul-betul dikehendaki Nya..dan ak.. ..aisyah hamid adalah salah seorang daripada nya…”kata-kata ini aku rekod secara tidak sengaja dan ketika itu shah memegang sebuah buku yang bertajuk…100 hari sebelum ajal’..

                                                                                                                                                Aisyah hamid                                                                                                                                                           .. di mana kesudahan nya…