Saturday, October 9, 2010


Manisah

Jangan buat Manisah sebegini,apa salah Manisah pada abang?sampai kan abang sanggup tinggal manisah dan kandungan anak abang ini?
”pujuk Manisah,merayu agar suami nya tidak meninggal kan nya pergi sambil erat memeluk kaki suami nya”
Ah!!!Aku tiada apa lagi urusan di sini,kamu,keluarga mu dan kampung ini sudah berjaya aku takluki,Hasrat aku hanya untuk memperolehi ilmu kebatinan,dan sekarang semua sudah terhasil..
“Gelak,Hamzah yang juga suami kepada Manisah”
****
Tanggal  23 jan 1977
Bunyi keriuhan di kampong Sungai nyamuk semakin menjadi-jadi,bayi-bayi yang baru lahir satu persatu hilang.Hilang nya bukan kehilangan yang biasa,setiap kehilangan bayi-bayi itu diselangi dengan kehadiran beberapa lembaga yang aneh berkeliaran di setiap sudut rumah-rumah yang ada di kampong tersebut.
Jika begini lah musibah nya,sampai bila-bila pun tidak akan ada yang Berjaya melawan binatang keparat itu..”marah midun sambil mengetap bibir nya”..
Aku tidak sangka keadaan kampong kita yang aman damai,tidak pernah lansung ada tanda-tanda kekecohan dengan tidak semena-mena berubah menjadi kelam kabot sebegini,”rosli menjawab sambil tangan nya mengengam erat hulu parang yang dibawa nya..”
Erm..beginilah,kalian berdua pulang lah dahulu..usah merungut,jaga lah setiap penjuru kampong ini,kerah kan semua penduduk yang ada,berjaga-jaga..mana-mana ibu yang baru melahirkan bayi,di disitu lah kamu letak kan seberapa banyak orang kampong menjaga rumah tersebut..”Balas.ketua kampong yang bergelar Pak Awang itu kepada mereka berdua”…
Bapak,manisah takut bapak..begitu ramai bayi di kampung ini menjadi mangsa..”rengek Manisah kepada bapak nya..”
****
Tanggal 27 jan 1977
Kampong sungai Nyamuk digemparkan dengan penangkapan binatang-binatang itu yang juga diberi gelaran orang kampong sebagai hantu raya.
Memang hebat sekali pemuda itu,sekali hembusan pasir sahaja terus Berjaya menangkap hantu-hantu keparat itu..”terdengar,beberapa orang kampong memuji-muji kehebatan Hamzah”


Usah khuatir kalian ya,hantu atau binatang keparat ini sudah aku tangkap dan kampong ini sudah kembali aman seperti biasa,kalian juga dikehendaki meminum air jampian ku ini supaya kalian juga nanti tidak akan diganggu oleh sisa baki binatang ini di kemudian hari.. “Hamzah menerangkan dengan penuh bangga..”
Siapa pemuda itu?mengapa dengan sekelip sahaja orang kampong mula mempercayai setiap tindak tanduk nya,padahal tidak tahu mana datang nya pemuda itu..”midun menjadi hairan,sambil memandang kearah Rosli..”
Ah,jangan kau mula kan pertanyaan yang membangkit kan kemarahan orang kampong midun..Syukur lah binatang-bintang itu sudah Berjaya ditangkap,tidak lagi  orang kampong berasa takut untuk keluar dari rumah masing-masing..”balas rosli,lalu menghampiri pemuda yang bernama Hamzah itu..”
Saudara ini nama nya siapa?boleh memperkenal diri saudara kepada orang kampong,kami amat berbesar hati kerna saudara Berjaya menghalau hantu binatang keparat itu..”tegur Rosli sambil  meperlihatkan gigi nya yang rongak..”
“Owh,nama aku Hamzah..aku berasal dari tanah Lombok seberang,aku adalah pengamal ilmu kebatinan dan juga guru persilatan,..”
Owh..pak dukun rupa nya..”beberapa orang kampong mula berkata-kata..
aku dengan secara kebetulan lalu di sini dan dengan ilmu yang ku ada,aku telah memilih kampong ini sebagai tempat penyinggahan ku,di mana sebelum aku memasuki kampong ini,aku tahu apa musibah yang akan berlaku pada masa hadapan kelak,
Musibah??Hah.apa lagi yang musibah yang akan berlaku di kampong kita ini?..”orang kampong pula panik dan menunjukkan tanda kecewa..” 
aku berharap kalian mengikuti setiap kata-kata ku agar perkara sebegini tidak berulang lagi,dan pada malam ini kalian pulang lah dahulu,rehat kan jiwa kalian dan tenangkan pemikiran kalian..selagi aku ada di kampong ini,tidak mungkin ada sebarang ganguan akan terjadi..”panjang lebar,hamzah memberi kan ucapan..”
Semua melangkah pergi dengan seribu pertanyaan..
Ah!karot,aku tidak lansung percaya akan pemuda ini..tidak apa,aku akan lihat apa yang kamu lakukan seterus ini..”midun berbisik di dalam hati lalu mendekati Hamzah,..”
Saudara,aku ada beberapa bilik kecil untuk didiami malam ini..Sementara menunggu kami menyiap kan tempat saudara berteduh esok hari,tidur lah dahulu di rumah aku..”midun memberikan cadangan..”


******
Tanggal 27 jan 1977
Bapak,siapa gerangan saudara yang Berjaya menangkap binatang itu kelmarin..riuh orang kampong bercerita,sampai kan gadis-gadis yang ada seakan gila bercakap-cakap tentang ketampanan dan juga kewarakan  pemuda itu pak..”manja Manisah menyoal bapak nya.Tangan nya memintal-mintal hunjung rambut ikal nya itu…”
Owh,bapak pun belum pasti siapa gerangan pemuda itu,petang nanti  midun dan rosli membawa pemuda itu untuk berjumpa bapak.Kamu Manisah,sediakan lah apa yang patut,mungkin boleh dijadikan sajian petang nanti..”Balas pak awang kepada Manisah,berkepul asap keluar berselang  seli dengan nada Pak Awang memberi arahan kepada Manisah..”
Baik lah pak,Manisah cuba sediakan apa yang ada..”Manisah terus berlalu masuk ke dalam rumah..”
*****
Berasal dari Lombok kamu ya,erm..”lama Pak Awang menyusun ayat..”aku sebagai Ketua Kampong,berterima kasih kepada kamu kerna berjaya menghalau Hantu atau panggilan orang kampong ini “binatang keparat”..Dan aku  diberitahu juga kamu pandai dalam ilmu persilatan..”berkepul asap dari tembakau pak awang memenuhi setiap ruang rumah nya..”
Erm..begitu lah,dan hajat saya juga hendak meminta izin dari bapak diberikan ruang untuk saya memberikan ajaran tentang ilmu persilatan dan juga ilmu kebatinan…da.."cakap Hamzah dipotong dengan tiba-tiba.."
Ah!!di kampong ini sudah ada guru silat,jangan kamu pandai-pandai memberi cadangan,sepenting nya lagi,di kampong ini kami tidak langsung mahu tahu tentang ilmu kebatinan,cukup lah dengan ada nya pondok-pondok untuk kami menuntut ilmu agama,bukan ilmu hitam macam kamu cakap kan itu..!”panjang lebar midun mencelah..”
Midun..dengarkan dulu cadangan hamzah,jangan jadi biadap dengan tetamu..”balas Pak Awang,raut wajah nya tersangat lah tenang..”..
Rosli hanya mendiamkan diri,sambil mata memandang tepat kearah Hamzah,..Dalam minda nya,bermain seribu persoalan kerna apa yang diingati nya,semalam masa berjumpa perwatakan dan keperibadian Hamzah persis seorang tua yang seakan-akan berumur 50 an,namun apa yang di depan nya sekarang,seorang jejaka yang amat kacak dan tidak menampakkan langsung iras-iras tua seperti yang dilihat nya..
Kebetulan datang Manisah membawa sajian minum petang,terpegun sebentar Manisah melihat raut wajah HAmzah…
Nisah..apa kamu tercegat tu,hidangi cepat sajian itu,dan kamu masuk ke dalam terus,banyak lagi yang perlu bapak bincangkan..”tegur Pak Awang,Rosli dan Midun memandang Manisah atas bawah..
Eh..minta maaf pak…”sambil menghidang kan makanan anak mata Manisah bermain jeling dengan mata Hamzah,tersipu malu Manisah bila Hamzah menegur nya…
Manisah..erm..cantik dan padan dengan orang nya..”tegur Hamzah secara tiba-tiba..”
Tercengang Rosli dan Midun memandang muka Hamzah..”Manisah menutup muka,lalu berlari-lari anak masuk ke dalam uma..
Bum!!..terdengar Sesuatu yang agak berat jatuh tergolek..
Kaget semua yang ada di luar,lebih-lebih lagi Pak Awang,tersembur asap bercampur air liur dihembus keluar..”Manisah!apa kamu buat tu??..Jerit Pak awang..sambil mengusap dadanya menahan sesak…
Tak ada apa pak!!Kucing jatuh atas rak pak…”balas Manisah dari dalam rumah..”
Aduh..macam mana aku boleh jatuh tergolek pulak ni,ni semua gara-gara aku malu sangat lah ni..”rungut Manisah sambil tangan nya mengusap kaki nya yang sakit..”
Rosli mengusap air liur Pak Awang yang meleleh di muka nya dengan perasaan yang sangat bersahaja,seakan tiada apa berlaku..Midun pula asyik memandang Hamzah…
Begini lah,aku putus kan kamu ambik tanah di hujung kampong sana,dan kamu dirikan lah gelangang silat seperti kamu kehendaki,dan bayaran semua aku bingcangkan kemudian..”Pak Awang mencelah,untuk meredakan kekalutan yang berlaku sebentar tadi..
Tapi pak?...sedangkan tok Uda sudah ada..dan seperti yang saya dan bapak tahu,Tok Uda antara orang terhormat dan tinggi ilmu nya di kampong ini…”balas Midun dengan nada tidak puas hati..”
Rosli hanya mengiyakan apa yang dikatakan Midun…
Midun,Rosli..buat seperti yang aku cakap kan..jangan banyak kamu hendak persoalkan..Pasal Tok uda itu,biar aku yang uruskan,..”lembut dan tegas jawapan dari Pak Awang…”
Jika itu lah kata Bapak..Saya akan ikuti,tetapi jangan lain pula musibah nya datang nanti..”tajam mata Midun memandang hamzah..”
Hamzah tenang,raut wajah nya penuh mencurigakan….
Di dalam rumah pula,Manisah sibuk mengintai Hamzah dari ruang-ruang kecil di dinding rumah nya..Berbunga hati nya,bila mengingatkan teguran hamzah sebentar,sampai kan tergolek ayam..senyum Manisah keseorangan,….

“tarian mula bermula,sajian mula dirasa,kemusnahan mula terbina..ada terasa dan ada juga mengata,di mana silap nya,dunia masih berputar jua,kejahatan juga masih ada di mana-mana..siapa yang akan mengetahui dari mana datang nya,dan mungkin anda juga mengalami nya..”
~SIRI PERTAMA~
         manisah 






















































































































































2 comments:

  1. emm....
    nasib baik cerita ni ada sambungan...

    cerita ni pasal Manisah ke?
    nmpak mcm Manisah tu watak sampingan je...

    ReplyDelete