Wednesday, November 17, 2010

Perbualan Terakhir
Eira menanti seperti biasa di Cyber Cafe malam itu. Lazimnya, dia akan bertemu dengan Helmi tepat jam 12 malam dalam irc[chatting]. Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di IRC. Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung-pengunjung IRC kerana mereka hanya menyamar pada bila-bila masa tetapi Helmi lain pula. Dia memang jujur dan berterus-terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak berpeluang bertemu di IRC.

Malam ini, Helmi dan Eira berjanji untuk bertemu di IRC seperti biasa. Dia sering menggunakan nama 'hellboy' manakala Eira pula menggunakan nama 'secret box'. Namun, malam ini berlainan dari malam-malam yang sebelum nya kerana nama tersebut tidak muncul-muncul. Eira kecewa serta hampa kerana Helmi telah memungkiri janji untuk bertemu dengannya di IRC. Eira meninggalkan cyber café itu dengan hati yang sedih.

Selang beberapa malam, Eira kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu mencari Helmi kerana sudah beberapa hari Helmi langsung tidak menghubunginya malahan jauh sekali untuk memohon maaf kerana gagal memenuhi janji yang telah dibuatnya beberapa malam lepas. Hampir sejam Eira berbual dengan rakan-rakannya yang lain, malah Eira turut bertanya dengan rakan-rakannya mengenai Helmi namun mereka turut mengatakan bahawa Helmi sudah sekian lama tidak mengunjungi laman IRC. Tepat jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'hellboy' muncul di screen.Tanpa membuang masa Eira dengan pantas nya menegur Helmi.
Secret bix : Helmi...

hellboy : Ira..maaf saya tak dapat masuk malam itu.

secret box : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?

hellboy : Maaf...saya tak sempat untuk menghubungi awak. Maaf  Ira...

secret box : Tak kisahlah. Awak sihat?


Pertanyaan Eira tergantung di situ. Helmi tidak menjawab pertanyaannya dan terus senyap dan menyepi. Eira menunggu dengan sabar namun Helmi tidak membalas pertanyaan serta panggilan Eira. Sekali lagi Eira dengan rasa hampa dan sedih terus keluar meninggalkan IRC dan pulang dengan bermacam-macam persoalan yang bermain di minda nya.

"Kenapa dengan kau ni, Ira?" tanya Nabila, kawan baiknya setelah melihat Eira melangkah lemah ke biliknya malam itu. "Aku tak faham betul. Kenapa Helmi dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan terhadap dia?kenapa Yaa? Aku tak pandai jaga perasaan orang ke Yaa?

"Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. Mereka boleh menyamar bila-bila masa saja. Aku dah kata jangan terlalu rapat dengan pengunjung IRC, nanti kau juga yang merana tak pasal-pasal,"balas Nabila. "Aku dapat berbual dengan dia malam ini tapi tiba-tiba dia menghilang macam tu saja tanpa menghiraukan pertanyaan aku Yaa. Aku risaulah dengan dia, Yaa," katanya sambil memegang tangan Nabila. Nabila mendiamkan diri seketika. Sejurus itu dia menyarankan supaya Eira cuba untuk menghubungi rumah Helmi. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah akan sikap pelik yang ditunjuk oleh  Helmi malam itu .

Eira bersetuju dengan pendapat Nabila.Dia akan menghubungi Helmi esok malam selepas  pulang dari kelas malam. Pada malam esok nya selepas tamat kelas malam,Eira singgah ke cyber cafe seperti kebiasaan hari. Hajat hatinya betul-betul mahu berbual dengan Helmi sekiranya dia masuk IRC malam ini.Sekurang-kurangnya dia dapat bertemu dengan Helmi sebelum dia menghubungi rumahnya malam itu. Hajat Eira tercapai apabila Helmi masuk ke laman IRC. Hati Eira berbunga serta terukir satu senyuman gembira apabila Helmi telah menegurnya.
hellboy : hye  Ira...awak marah saya ke?
 
secret box : Siapalah saya nak marah awak,Helmi. Kenapa awak macam  nak tak nak      jew chat dengan saya?

hellboy :Ira,sebelum itu saya memohon maaf atas kekasaran saya terhadap awak Ira tempoh har. Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat chat lagi seperti biasa.

secret box : Kenapa Helmi?

hellboy : Saya mengalami kemalangan malam yang saya berjanji untuk masuk ke laman IRC  bagi bertemu dengan awak, ingat lagi tak?

secret box :Yeke ni? Awak teruk ke?

hellboy : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai....saya kehilangan banyak darah ...saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan keluar. Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya terdampar di tepi semak batu 6.

secret box: Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?

hellboy : Tidak ada siapa. Saya masih di sini...menanti orang membantu saya.

secret box : Maksud awak?

hellboy : Saya telah meninggal dunia, Ira. Tolong cari mayat saya. Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah!!.

Secret box : Helmi,benda macam ni awak nak bawa bergurau juga ke?

Hellboy : Ira...saya betul-betul sudah meninggal dunia..Tolong saya Ira!!!!!


Eira tersentak dan lantas dia bangun meninggalkan komputernya dengan rasa takut yang amat sangat. Dia terus mencapai telefon bimbit nya dan menghubungi rumah Helmi. Memang Helmi seorang yang suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawab panggilan nya. Apabila ditanya, dia merupakan kakak Helmi. Setelah memperkenalkan dirinya, dengan lembut Eira bertanya mengenai Helmi. Tiba-tiba wanita itu menangis. Katanya, sudah empat hari Helmi tidak pulang ke rumah. Laporan polis telah dibuat namun masih ada jawapan lagi dari pihak mereka. Dengan suara yang bergetar, Eira berkata kepada kakak Helmi supaya mencari Helmi di dalam semak Batu 6.Setelah memberitahu akan lokasi berkenaa,Eira terus memutuskan perbualan nya tadi. Airmatanya mengalir menbasahi pipi nya dengan perasaan bercampur sedih serta takut.

Keesokan harinya, kisah Helmi muncul di muka depan akhbar Metro.Mayat seorang siswa berumur  25 tahun ditemui dalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan cedera parah dan mulai membusuk. Motorsikal yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsirkan sebagai langgar lari. Eira terus melipat akhbar tersebut malah berjanji tidak akan mengunjungi laman IRC lagi. Dalam diam dia mengakui Helmi memang menyayanginya kerana dalam keadaan sebegitu dia masih cuba untuk berbual dengannya walaupun hanya untuk memberitahu berita  sedih bahawa dia sudah tiada lagi
.
Tanah merah itu...

Keheningan pagi raya, kelihatan seorang lelaki sedang membongkok membersihkan sebuah kubur yang kelihatan agak usang. Walaupun sejarah kubur itu penuh dengan pelbagai cerita,kubur tersebut tetap  bersih dan terjaga rapi. Tanpa menghiraukan sesiapa,lelaki itu duduk diam asmbil tangan nya pantas mencabut anak-anak rumput yang berada di sekeliling kubur itu.

Setitik demi setitik air mata suam kelihatan menitis mengalir turun menuruni pipinya. Setelah selesai kubur tersebut dibersihkan, lelaki tersebut duduk bersila sambil membaca Yasin dan doa dipanjatkan. Selesai membaca Yasin, dicapainya bekas air berisi rendaman bunga mawar lalu dicurahkan ke atas batu nisan sambil tangannya menyapu-nyapu bersih batu nisan tersebut. “Zura, Selamat Hari Raya sayang. Abang datang lagi hari ni, macam biasa. Abang masih lagi sayangkan Zura dan abang akan sayangkan Zura hingga ke akhir hayat abang” lelaki tersebut tiba-tiba bersuara, sayu. Lelaki tersebut menarik nafas panjang. Matanya yang berair itu memandang ke arah batu nisan di kuburan itu dengan pandangan yang kosong.

Fikiran beliau mengimbau ke suatu masa sepuluh tahun yang lalu..

12 march 1999

Tangan Zack menggenggam erat tangan Azura bagaikan tidak akan dilepaskannya. Keadaan Terminal Bas Putra yang penuh sesak dengan orang dan dalam keadaan tolak- menolak itu bagaikan tidak dapat menguraikan pasangan kekasih itu. Mata Zack merenung tajam ke mata Azura. “Abang, kenapa pandang Zura macam tu?” Zack hanya tersenyum. “Abang rasa berat hati untuk lepaskan Zura. Terasa macam abang tak akan dapat jumpa Zura lagi” jawab Zack.

“Jangan cakap macam tu, Zura balik kampung sekejap aje. Hari raya ke-5, Zura balik semula ke KL. Abang jangan risau la.”

Zack hanya tersenyum sahaja mendengar jawapan kekasihnya. Tangannya makin erat menggenggam tangan Azura.

“Tapi, abang janji, jangan lupakan Zura tau.” Azura berkata pada Zack sambil tersenyum.

“Abang janji sayang.” jawab Zack sambil tangannya makin erat menggenggam tangan Azura. Tiba-tiba kedengaran suara dari pembesar suara mengumumkan ketibaan bas memasuki terminal. Zack segera memimpin tangan Azura menuju ke bas yang berhenti di hadapan sekali sambil tangannya yang sebelah lagi menjinjing beg pakaian Azura. Tertera pada tingkap bas tersebut ‘No. 5 KL-KB’. Zack membaca pada tiket di tangannya. Memang sah inilah bas yang perlu Azura naiki. Kaki Zack melangkah naik ke tangga bas sambil memandu Azura menuju ke tempat duduk. Kelihatan seorang perempuan tua sedang duduk bersebelahan dengan tempat duduk Azura. Zack tersenyum lega.

“Nasib baik makcik ni yang duduk sebelah awek aku, kalau lelaki, kenalah aku ikut Zura balik sekali,” bisik hati Zack. Zack segera memberi salam pada perempuan tua tersebut.

“Makcik, ni awek saya, Zura. Dia duduk sebelah makcik. Mintak makcik tolong tengok- tengokkan dia ye” sapa Zack. Azura dengan segera menghulurkan tangan pada makcik itu sambil memperkenalkan diri.

“Eloklah tu nak. Sekurang-kurangnya ada juga teman makcik berbual. Sila duduk nak,” jawab makcik tersebut sambil tersenyum. Setelah meletakkan beg Azura, Zack segera turun dari bas sambil diekori oleh Azura dari belakang. “Zura, bas dah nak bergerak. Abang pun tak boleh lama di sini. Bila Zura sampai kampung nanti, kirim salam abang pada mak dan ayah Zura. Jangan lupa pada adik Zura juga tau,” pesan Zack.

“Baiklah abang. Abang pun sama tau, kirim salam sayang Zura pada mak dan ayah abang,” jawab Azura kembali. Enjin bas tiba-tiba dihidupkan. Azura memandang ke arah Zack. Dengan cepat Azura memegang dan terus mencium tangan Zack. “Abang, Zura pergi dulu ye. Ingat pesan Zura tadi. Jangan lupakan Zura ye. Zura sayangkan abang.” Kata Azura sambil tersenyum. Zack hanya memandang ke arah Azura. Tangan Azura digengam erat. Perlahan-lahan Zack melepaskan sebuah ciuman pada dahi Azura. Muka Azura tiba-tiba menjadi merah. Azura tersipu-sipu malu. “ Zura, walau apapun terjadi, abang tetap sayangkan Zura hingga ke akhir hayat abang. Zura ingat kata-kata abang tu ye.” Azura hanya menganggukkan kepala sambil linangan air mata bergenang di matanya. “Zura akan ingat abang sampai bila-bila. Zura pergi dulu bang. Janji jangan lupakan Zura ye” jawab Azura sambil menarik tangannya dari tangan Zack yang bagaikan tidak mahu melepaskan tangan Azura dan terus melangkah masuk ke dalam perut bas. Pintu bas ditutup sambil bas tersebut bergerak perlahan-lahan keluar dari terminal sambil diperhatikan oleh Zack hingga hilang dari pandangan mata. Zack berdiri tegak bagaikan mengelamun. “Kenapa hatiku gelisah bagaikan ada sesuatu yang tidak kena?” bisik hatinya.. sambil kakinya melangkah pergi ke parkir motorsikal. Setelah mengenakan topi keledar, Zack menunggang terus motorsikalnya keluar dari Terminal Bas Putra menuju ke rumah.
Keadaan ibukota malam itu bagaikan pesta dengan lampu berkilauan di kiri kanan jalan.

Tapi hati Zack direnggut risau mengenang apa yang tak pasti.Di rumah Zack, lampu pelita bergemerlapan menanti ketibaan Aidilfitri. Zack pula berehat di luar rumah setelah penat membantu ibu bapanya menyiapkan persiapan hari raya. Kelihatan kanak-kanak menjerit riang sambil bermain bunga api. Zack hanya memandang dengan pandangan kosong. Keriuhan kanak-kanak langsung tidak menarik perhatiannya. Hatinya yang tadi penuh kerisauan mula berdebar-debar bagai ada sesuatu yang akan berlaku. Zack bangun dan terus masuk ke rumah menuju ke biliknya. Tanpa berlengah, dia ke bilik air mengambil wuduk. Sejadah di bentangkan dan Zack terus menunaikan solat sunat sebelum masuk tidur.Kelipan mata nya seakan-akan membantah beliau untuk tidur merehatkan badan..

Fikirannya melayang memikirkan Azura sahaja. Walaupun matanya melawan untuk tidur,dipaksakan juga oleh Zack..Akhir nya terlelap jua.Zack terbangun setelah azan Subuh berkemumandang. Setelah menunaikan solat Subuh, Zack ke dapur membantu ibunya menyiapkan juadah untuk hari raya. Setelah itu, dia bersama-sama ayahnya ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri. Di rumah, setelah menjamu selera dan bermaaf- maafan, Zack termenung sambil merenung ke luar rumah melihat kanak-kanak gembira berhari raya. Tiba-tiba telefon bimbit Zack berbunyi. Zack mengambil telefonnya dan merenung ke arah telefonnya.

“Panggilan jauh. Dari Kelantan.” Bisik Zack. “Hello. Assalamualaikum” jawab Zack.

“Waalaikumsalam. Abang Zack ye?” balas pemanggil itu. “Ini adik Zura, Mira,” pemanggil memperkenalkan diri dalam nada yang tersekat-sekat. “Abang Zack, Mira minta maaf mengganggu, tapi Mira nak beritahu Abang Zack, yang kak Zura dah tiada… … Bas kak Zura kemalangan malam tadi masa baru sampai ke Kota Bharu.” Kata Mira dengan nada yang tersedu-sedu. “Insyaallah, petang selepas asar ni nak dikebumikan” sambung Mira singkat. Zack hanya tersentak. Pandangannya kabur dan terus gelap. Kakinya bagaikan tak dapat lagi nak menampung berat badannya. Dengan cepat Zack duduk di sofa. Nafas Zack tersekat-sekat dan dadanya berombak kuat. Air matanya mula berlinang menitis membasahi pipi. Telefon bimbitnya terlepas dari tangan. “Astaghfirullahalazim. Ya Allah Ya Tuhanku,” hanya itu sahaja suara yang keluar dari bibir Zack. Melihatkan keadaan Zack, ibu Zack menerpa ke arah anak sulungnya. “Mak, Zura dah tak de, mak. Zura dah meninggal. Kemalangan bas pagi tadi”  beritahu Zack dengan suara yang tersekat-sekat.

Ibu Zack hanya dapat menarik nafas sambil terduduk di sebelah anaknya. Tiada suara yang keluar dari bibirnya, hanya air mata bercucuran membasahi pipi tuanya.“Mak, ayah, Zack minta izin untuk pergi ke Kelantan, hari ini juga.” pinta Zack pada ibubapanya.
“Baiklah Zack, kau bawa kereta ayah,” jawab ayah Zack

“Tak pelah ayah, Zack pergi dengan motor Zack. Zack lebih selesa,” jawab Zack.

“Baiklah Zack. Tapi hati-hati,” pesan ayah Zack.

Mendengar keizinan yang di beri, Zack segera berlari menuju ke biliknya untuk bersiap. Motornya sudah gagah tersedia menunggu untuk ditunggang. Motorsikal Yamaha RD 350 YPVS pemberian ayahnya itu banyak mengimbau kenangan antaranya dengan Azura. Dengan sekali tendangan sahaja, enjin motorsikal Zack mengaum garang dan terus meluncur keluar melalui pintu pagar rumah sambil di perhatikan oleh ibubapa Zack. Perjalanan jauh tidak menjadi masalah pada Zack kerana sebagai ahli kelab motor, beliau banyak kali melakukan konvoi ke lokasi-lokasi yang jauh. Motorsikalnya juga diselenggara dengan baik membuat perjalanan berjalan lancar. Tepat jam 5 petang, Zack tiba di rumah Azura. Deruman enjin motorsikal Zack menarik perhatian orang ramai yang berada di rumah Azura. Melihatkan Zack datang, Mira segera meminta ayahnya membawa Zack masuk. Zack terus menerpa ke arah ayah Azura sambil mencium tangan ayah Azura. Dengan linangan air mata, ayah Azura memeluk Zack. “Zura dah tak ada Zack,” kata ayah Zura. “Mari tengok dia,” ajak ayah Azura.

Perlahan-lahan Zack melangkah menuju ke atas rumah Azura. Dari pintu rumah, kelihatan sekujur tubuh ditutupi kain batik sambil dikelilingi orang-orang sambil membaca Yasin. Kelihatan ibu Azura berteleku di sisi tubuh Azura sambil teresak-esak. “Maknya, ini Zack. Tolong bukakan tutup muka Zura tu.” Kata ayah Azura. Ibu Azura memandang ke arah Zack sambil linangan air matanya makin mencurah-curah keluar. Tangannya perlahan-lahan membuka kain batik yang menutupi muka Azura. Zack menanti dengan hati yang berdebar-debar.

Setelah kain batik di selak, terserlahlah wajah Azura, kekasihnya yang amat dicintainya. Walaupun rohnya sudah tiada, wajah Azura tetap ayu, tetap cantik. Tanpa dapat ditahan, air mata Zack berlinang keluar membasahi pipi dan juga lantai. Zack membacakan Al- Fatihah dan doa untuk kekasih tercintanya. Keadaan menjadi sepi. Kesayuan mula terasa pada yang hadir. Mira hanya dapat menutup mukanya dengan telapak tangannya sambil teresak-esak.

Jenazah Azura di alihkan ke dalam pengusung. Zack memegang kayu pengusung yang di hadapan sekali. Perlahan-lahan pengusung dimasukkan ke dalam van jenazah. Setelah van jenazah meninggalkan rumah menuju ke tanah perkuburan, hujan mulai turun. Setelah selesai upacara pengkebumian, Zack meminta izin dari ayah Azura untuk bertafakur seketika. Tinggallah Zack seorang diri melutut di sisi kubur Azura. Hujan lebat membasahi bumi tidak di hiraukan. Linangan air mata Zack masih tidak berhenti.

“Zura, abang minta maaf jika abang ada buat salah dan silap pada Zura,” kata Zack dengan tersedu-sedu. “Abang sangkakan hubungan kita akan berakhir sebagai suami isteri, tapi takdir menentukan segala-galanya. Abang tak boleh melawan takdir sayang,” sambung Zack. “Abang pernah berjanji untuk menyayangi Zura hingga ke akhir hayat abang, dan abang akan tepati janji abang itu, walaupun Zura tiada lagi di sisi abang. Bagi abang, Zuralah kekasih abang yang pertama dan yang terakhir.”

Linangan air mata dan sedu Zack makin bertambah. Tangannya menggenggam kuat tanah kubur Azura. “Abang berjanji, abang akan tetap sayangkan Zura dan abang takkan lupakan Zura hingga ke akhir hayat abang,” kata Zack sambil berdiri. Perlahan-lahan Zack mengatur langkah longlai meninggalkan tanah perkuburan dalam hujan yang makin lebat,bagaikan menangis bersama-sama zack.

-----------------------------------------------------------------------------


Kicauan burung menghentikan lamunannya. Haripun sudah menjelang tengahari. “Zura, abang balik dulu Zura. Jauh lagi perjalanan abang ke Kuala Lumpur. Motor kitapun abang masih guna lagi. Masih boleh bawa abang berjumpa Zura hari ini. Macam manapun, abang tetap sayangkan Zura hingga ke hembusan nafas abang yang terakhir. Zura ingat tu ye sayang.” Kata Zack dengan lembut. Tangannya menabur bunga-bunga yang dipotong rapi ke atas kubur Azura. Setelah itu Zack bangun sambil mengemaskan barang-barang dan menuju ke arah motornya. Walaupun sudah sepuluh tahun berlalu, motorsikal pemberian arwah ayah Zack masih kukuh lagi.

Perlahan-lahan Zack menunggang motornya meninggalkan pusara kekasih tercintanya.

Ketika Zack keluar dari simpang tanah perkuburan, tiba-tiba sebuah kereta dengan laju keluar dari selekoh dan terus merempuh Zack tanpa sempat mengelak. Zack tercampak jauh. Darah memercik membasahi motor Zack. Tubuh Zack terbaring di atas jalan raya. Matanya memandang ke arah langit sambil mulutnya terkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah. Pandangannya mulai kabur, kemudian kelam, kelam dan terus gelap. Nafas Zack berombak deras, kemudian perlahan dan perlahan. Apa yang kelihatan di anak matanya hanyalah raut wajah ayu Azura ketika dia mencium dahi Azura sepuluh tahun yang lalu.

12 march 2009
Setelah ambulan tiba, Zack disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, tidak jauh dari kubur Azura. Akhirnya Zack dapat mengotakan janjinya iaitu untuk menyayangi kekasihnya, Azura, hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir.

Tuesday, November 16, 2010

bakal..

Resah Najwa,hati nya semakin keliru dengan apa yang berlaku.tidak lansung menyangka akan akhir nya hidup nya berpehujung begini.Terasa diri nya dianiyai,namun tidak lansung ada sinar ingin membantah dengan keputusan yang deberikan.Bagi nya,kata ibu bapa dan suruhan ibu bapa satu perkara yang perlu diikuti..
Namun……
Di dalam jiwa,
hanya menangis merintih,
Tidak ku tahu mana patut ku setuju,
Wahai takdir ku,jika itu kau mahu diri ku.
Ku terima apa yang berlaku,
Namun,jika itu kesilapan mu,
Aku berserah apa jua takdir mu,
Bagi ku,bantahan ku..
hanya
Menjadikan ku buta akan ,
Tulus nya cinta ciptaan mu..

Maaf kekasih ku……

Helaian kertas berterbangan,titisan air mata satu persatu gugur ke bumi.Najwa lemah,jauh termenung mengintai peluang di dalam diri…
****
“Sayang.malam ini kita makan di luar ye.Lagipun Naj malas nak masak..”rengek najwa mengalahkan bayi yang meminta susuan ibu..”
“Yer sayang,malam ni Fir ambil Naj..Macam biasa lah ek,Dalam pukul8,Fir datang k..”
“Ok Fir..malam ni tau..”Najwa membalas..’
“Ye sayang,malam ni..”Fir menjawab..
Oklah,nak sambung buat kerja ni..Bye sayang..”
‘Ok..bye..love u dear..”

Telefon di letakkan perasaan berbunga mula timbul di hati Najwa,terasa Fir lah impian hidup nya..
Rindu akhir nya terubat,Firdaus Bin Ahmad lalaki yang  telah berjaya meneroka segenap jiwa seorang gadis comel yang bernama Najwa bin Ali..diri nya penuh dengan debu bunga sakura,terbang ditiup angin menyerlahkan lagi kewangian dan kecantikan nya..dilingkari dengan keayuan wajah ciptaan Tuhan seperti gadis bernama Najwa..
Seyuman manis  Fir terlihat,bibir mulus nya tidak henti menyebut nama gadis itu..
****
“Apa ni!kenapa Yus buat Najwa begini..Apa salah Naj..Kenapa tiba-tiba nak putuskan hubungan ini,apa salah Naj.Bagus sangat ke perempuan tu,apa kelebihan dia Yus..apa yang ada pada dia yang tak ada pada Naj..Nafsu bukan segalanya Yus..”Esakkan dari suara Naj semakin kuat,kerdil diri nya dipermainkan sebegitu…”
“Yus sayang Naj,tapi kita tak boleh teruskan semua ini lagi..Yus tidak mahu hati Naj terluka,dan seperti Naj tahu Dia punyai segala untuk bahagia kan Yus..Yus sayang Naj,tapi masa Naj tidak pernah ada bersama Yus..Dan dia,hadir ketika Yus perlukan Naj..Masa dan segalanya,semua dia luangkan..Yus rasa dihargai..”Sombong dan bongkak penjelasan yang diberikan oleh Yus terhadap Naj,diri nya menang..ya,dia berjaya memutuskan hubungan itu..seyuman sinis kelihatan..
“Hei Jantan,pergi lah kau mampus dengan betina tu!aku mintak kau ditangkap satu hari nanti,biar keturunan mu malu dengan apa yang kau lakukan!”Tempik Naj,sunyi senyap,tiada lansung buyian kedengaran..seakan memahami apa yang ter jadi..”
“Prang!!!”
Bunyi hempasan hanfone kedengaran..berkecai segala nya,Iphone itu,cermin itu..semua nya hancur…malam tetap jua berlalu,tidak lansung mengenal simpati apa yang berlaku…kesunyian kembali seperti dulu….
Esakan,tangisan semakin lama semakin tidak kedengaran….
*****
“Mak ..
pesan pada anak mak tu,jangan sampai aku putuskan hubungan dia dengan Firdaus..Mak bukan tak tahu,firdaus tu adik ipar Lin,Lin tak setuju  lansung mereka berdua bercinta,lagi pun bukan bagus keturunan nya nanti.Sedang kan dalil-dalil nya dah terang-terang mengatakan yang hubungan sesama ipar dan juga keluarga keturunan haram hukum nya..Mak..tolong lah nasihat anak mak tu…Lin bukan tak suka,tapi ini hukum,lagipun Lin tak nak suami Lin fikir  bukan-bukan tentang keluarga kita…
“Bersungguh Lin memujuk mak nya agar menasihati Najwa supaya  memutuskan hubungan adik nya dengan anak buah suami nya itu.
“Yer..Mak cuba,mak pun bukan bekenan sangat hubungan mereka berdua tu.Kau jangan ridau lah Lin,pandai lah mak putuskan hubungan mereka tu nanti..”
Puan maimun membalas dengan tenang apa yang diresahkan oleh anak nya itu,tidak ada riak risau di muka nya.
***
“Helo..”..Suara kak Lin kedengaran di bibir telefon..
“Yup kak..ada apa?”
“Ko Cuti kan sekarang ni?”
“Hah..aku cuti,kenapa kak?”..Naj membalas..
“Jom lepak rumah abang Ali..teman aku,seminggu ni je..”
“Aish,ok juga tu..Aku pun tak ada apa-apa plan nih..”
“Ok-ok..Petang ni aku ambil ko..dalam pkul 6 lah..aku tengah kerja ni..bye..”
“tuttt….telefon dimatikan…
Najwa hanya terseyum,tidak lah dia bosan cuti seminggu ni,lagi pun study week kali ni boleh lah dia melepaskan segala tekanan menghadap sawah dan melihat bangau-bangau terbang mencari makan..Segala nya bermain di minda Najwa,teratur dan lancar perancangan nya..
***
“Jom Naj..
Eh,betul kan fir panggil nama awak kan?”Fir berbicara..
"Betul la awak..Awak nama apa pula eh?Awak dengan abang Ali tu ada hubungan apa?"Bibir comel Najwa ligat memberi kan soalan..
‘eh!,,eh…ala…abis basah seluar ni…..”najwa mencebik,tidak sedar langkah kaki nya terperangkap di celahan lopak air..”
Sawah menghijau,belum lagi benih beras itu dituai..sebahagian nya kelihatan rendang ditiup angin..tenang,tenang petang ini,hati Naj seakan-akan penuh dengan kegembiraan.Tidak mengerti dan tidak terlintas apa yang bergolak di hati nya ketika itu..
Tergelak Fir melihat keletah Naj,pabila gadis mugil itu tergolek di dalam lopak air yang ada di tengah sawah,bertempiaran bangau meninggalkan mereka berdua..
“Awak,jangan lah gelak Naj..hah!awak tak jawab lagi soalan saya kan?..cepat la jawab..”Naj mencekak pingang sambil bibir nya dimuncungkan..kelihatan ayu bila lesung pipit nya menyentuh pipi..Comel gadis itu..
Kagum Fir melihat kecomelan yang dipamerkan ,tidak terkelip mata lelaki itu..Perasaan nya kosong..
“Awak??”jerit Naj…
“Hah!yer saya..”jeritan kecil Naj mengejutkan lelaki itu…
“Sori wak..nama saya Firdaus bin Ahmad,Abang Ali tu..anak kepada pakcik saya,abang kepada ayah saya..”Lancar tutur kata Fir…
“hehehe..Awak ni lawak la,mat blur pun ada..”Gelak besar Naj pabila melihat Fir penuh dengan kebongokkan saat menjawab pertanyaan nya tadi ..jahat mulut Naj..Naj berlari-lari anak,habis benih sawah itu dikuis nya…
Fir  turut tergelak sama,petang itu penuh dengan retro indah sinar petang..Mata Fir hanya melihat gelagat Gadis bernama Najwa…
“Cantik kan matahari terbenam tu Naj..”Fir memulakan perbualan..
Setiap petang mereka berdua mengambil masa berjalan-jalan menghirup angin petang,bagaikan pasangan kekasih yang baru dilamun cinta..
“A’ah..cantik sangat…”Mata Naj bersinar..cahaya matahari yang terbenam,Dilitupi awan putih yang gebu..terharu Naj melihat keajaiban ciptaan Tuhan..
“Harini last lah kita lepak petang sama-sama kan..malam ni awak dah nak gerak masuk  kolej..”bergetar suara Fir berbicara..
“eh..a’ah kan..tak sedar..dah seminggu rupa nya..erm,bosan lah lepas ni..Dah tak boleh lah nak tengok muka bongok awak lagi..”gelak kecil Naj…
“heheh..apa la awak ni Naj..macam tu pula..”bahagia Fir pada ketika itu,tidak tahu dari mana datang nya perasaan itu…
“Ok la Fir da nak magrib ni..Jom balik..”Naj bangun dan melangkah pergi,saat itu,kesayuan mula mengamit di segenap diri nya..tidak tahu mengapa..
****
Fir tidak keruan,petang ini terasa diri nya seakan –akan penuh dengan kekosongan..segala kerja nya tidak berjalan seperti biasa,ada sahaja yang tidak kena..
‘Argh!ke napa dengan aku ni!..semua tak kena lah…’rungut Fir..masih bigung dengan diri nya sendiri..
“Kau ni kenapa Fir..pelik je aku tengok,semua kerja kau kelam kabot  je harini..kau  jarang macam ni,ni mesti rindu dengan si Naj lah ko ni kan..”Sengih lan kepada Fir,hairan melihat rakan karib nya itu…
“Hah!naj..Kau ni geliga betul lah Lan!.k lah,nanti aku sembang dengan kau lagi..”Fir pantas keluar dari ofis…
“Haa…kau ni pesal tetiba nak keluar lak??kerja tak abis lagi ni…weh geng….”Lan mendepakan tangan..tanda protes dengan tindakan Fir,tetapi lansung tidak diendah kan oleh rakan nya itu.
Fir:Helo….
Naj:Ha..helo..Siapa bercakap?
Fir:Eh..Naj kan ni?
Naj:Ye.. saya,Naj bercakap..
Fir:Haish..tak kan tak kenal kot..
Naj:Erm..siapa yer..
Fir:La..yang selalu lepak dengan Naj kat sawah tu lah..
Naj:Oooo!!!Firdaus!!!wah,ingat lagi kan fir kat Naj..nape ni,rindu ea…
Fir:Erk..er..eh..Tak lah…saja nak tanya khabar…
Naj:Owh,,..Naj sihat,rindu kot nak lepak sama dengan fir!nanti ada masa kita lepak lagi k..eh,Fir..sori,Naj nak masuk kelas,nanti Nak mesej Fir k..muah!bye!
Tut..tut…..
Paggilan diputus kan..Fir mula senyum sendirian,lagak nya seperti orang yang baru mendapat pelempang,langkah nya terhoyong haying,dengan tiba-tiba..
“HOOrayyyyyyyyyyyyy!!!!!”..Jeritan Fir kedengaran hampir 1 kilometer jauh nya,mujur lah pak guard di situ pergi ke toilet….



****
“Akak tak nak kamu berkawan atau ada hubungan lagi dengan Fir!kamu berdua tu kira dah macam ada hubungan adik beradik,Fir tu anak buah ipar akak!tak ada dalam hokum agama yang mana adik akak boleh kawin dengan anak buah suami akak…Berdosa besar hukum nya,kamu tu bukan tak pandai dalam agama,bukan tak boleh berfikir!Akak bagi tempoh sebulan,jika tiada lagi keputusan nya,akak akan bagitahu mak dan ayah pasal hubungan sonsang kamu dengan Firdaus..Kamu faham!..”Kak Lin megertak aku..suara nya kuat,marah nya seperti gajah liar yang mangamuk...
“Hanya tangisan kedengaran,memang betul apa yang diperkatakan oleh Akak nya itu,memang dalam agama hubungan 69 haram..ibarat seperti cerita yang difilem kan oleh P.Ramlee satu masa ketika dulu..”Minda Naj ligat berputar,kepala mejadi senak..apa yang bermain di bibir nya hanya nama lelaki itu..Fir..Fir….
****
“Fir,Fir pun tahu kan hubungan kita ini tidak akan ada penhujung nya…Dan kita sebagai umat islam tidak boleh melanggari apa yang diharam kan oleh Nya,..”
Jauh Naj termenug,di balik keasikan hening pretang itu,hati nya bersilih ganti..Haram,halal..Kenapa Haram yang hadir di alur hidup ku..
“tapi tidak tahu lah di mana silap nya,bila Nak mula sayang akan sesorang itu dia lari jauh tinggal kan Naj,dan bila hadir sesorang yang mencari cinta di hati Naj,Naj pun mula merasai cinta itu halangan lain pula yang menjelma.. “Naj meyambung percakapan nya..”Sayu dan sedih terpancar di muka nya…kasihan…
“Naj,terima takdir ni ok..Mungkin kita tak boleh bersama..Tapi di sana kelak,mungkin kita pasangan yang paling bahagia,Fir  tahu dan Fir faham..Memang berdosa apa yang kita lakukan ini,hubungan ini.persaan cinta ini..Kita boleh ubah dan betulkan semua ini..”Fir membalas,hati nya pada ketika itu remuk..remuk dan hancur seperti dihempap 80 tan kontena…
"Fir tak nak kita berdua dibenci keluarga,Fir tak nak keluarga Fir dibenci dan menjadi bahan mainan bibir oleh keluarga yang lain,juga keluarga Naj..Macam yang Fir katakan tadi,kita bina hubungan ni di dunia sana ok..Fir tak janji,tapi Fir cuba…”Rembesan air mata jantan tidak semena mengalir dari kelopak mata lelaki itu..tidak kuat rasanya untuk lelaki  itu meluahkan apa yang bersarang di hati nya..
Petang itu keputusan semua telah disetujui antara mereka berdua..walaupun berat,namun itulah hakikat nya..

Cinta itu buta,tetapi Cinta itu adalah satu 
kekuatan untuk kita tidak lupa apa makna 
nya Cinta…
****
Suasana pagi itu begitu hening sekali,selepas kedatangan satu rombongan yang tidak dikenali leawat malam tadi,hati Naj mula terusik..Siapakah lelaki itu,siapakah keluarga itu,dan mengapa datang dengan keadaan seperti ada sesuatu untuk dibincangkan..Naj gelisah,jantung berdegup laju..Apa yang bakal kau ketahui nanti..Ya Allah,tabah kan lah iman ku,kuat kan lah tubuh ku…
“Kak Naj!! mak panggil,turun dapur cepat..”Husna adik ku yang berumur 9 tahun memangil ku..
Kaget aku dengan panggilan itu,semua yang aku fikir kan melayang,cepat-cepat aku turun ke dapur..sekali lagi aku dikejut kan pabila semua adik beradik ku dan juga ayah ku berada di dapur,tidak ketiggalan juga kak Lin,kehadiran mereka semua merancakkan lagi gementar yang ada di dalam diri ku..
“Kenapa mak?semua ada pagi ni,ada plan nak pergi holiday ke??”aku sengaja memulakan pertanyaan,jantung ku semakin laju berdegup..
“Erm..Kau dah ada calon  suami ke Naj?”Mak aku bertanya,mata nya meamndang kearah ayah dan Kak Lin..
“Ha?calon suami?erm..belum..”aku mula terbayang akan kebaikan Fir…”
“Macam in lah,semalam yang datang tu tunang kamu,mak dan ayah dah sepakat nak jodoh kan dengan anak ustaz depan surau kampong sebelah tu..Baik budak nya,tapi tua sikit lah..Kamu pun ada Nampak dia juga semalam kan..”panjang lebar mak ku memberi penerangan..
Ayah ku lebih banyak mendiam kan diri,hanya kepulan asap yang keluar dari bibir nya..
“Ha??!!..tunang Naj??Apa ni mak?Ayah?”aku memandang ke arah orang tua ku,aku meamndang kearah Adik ku Syaz,Aiman,Husna dan kakak ku Lin,Rin dan Abang Ali..Semua hanya membatu seribu bahasa..
“Yer,tunang kamu..”Ayah ku pula menjawab..
“Kenapa macam ni..Naj…
“Dah,dan pernikahan kamu akan berlansung nov depan..majlis persandingan pula 2minggu selepas majlis pernikahan tu,yang lain-lain mak dan ayah dah urus kan..”Mak ku memotong percakapan ku…
Tidak sedar air mata ku menitis,aku mula berharap agar Fir berada di sebelah ku sekarang,berada bersama ku di situasi ini,memluk erat tubuh ku,,aku tidak tahu apan yang bberlaku,masih samar dan apa yang aku gelisah kan pagi ini akhir nya terjawab..
“Kau dik  jangan bantah apa-apa ok,ni keputusan Mak dan Ayah,ikut je lah,lagi pun akak tengok Si Nazim tu baik budak nya,ilmu agama pun akak Nampak cukup,sesuai jadi suami  kamu..sesuai sangat..”Kak Lin pula mencelah,yang lain pada ketika hanya memandang aku dengan penuh simpati..
“Mak..kenapa tak bincang awal-awal semua ni dengan Naj..Kenapa buat keputusan macam ni belakang Naj..Mak ni masa depan Naj,Mak,Mak yakin ke dia boleh bahagia kan Naj..boleh berikan apa yang Naj mahu..Dan boleh ke dia berikan KASIH SAYANG sepenuh nya pada Naj..”Air mata nya semakin deras membasahi pipi..
Pada ketika itu,aiman adik bongsu ku yang berumur 12 tahun memeluk ku,erat…
“Akak Naj..jangan menangis…Aiman ada dengan akak,ni pilihanmak dan ayah,mesti padan dengan akak,jagan lah risau..Kalau dia buat akak Naj sakit hati,bagitau Aiman..Aiman datang pukul dia dengan rotan..”Budak kecil itu memujuk ku…
“Betul,cakap dengan Asyraf sekali!..Aiman bawak rotan,Asyraf bawak tukul..tak ada hal lah kak!.”Asyraf menyampuk..
“Heh!kamu berdua jangan meyampuk hal orang tua!..dah,pergi duduk luar sana..”herdik mak aku kepada adik-adik ku…muncung panjang mulut mereka diherdik begitu…
“Naj tak kisah,Tapi mak..
Sejahat mana pun Naj..biar lah Naj yang pilih siapa yang layak jadi bakal suami Naj,dan  jika bukan Firdaus sekalipun,Naj masih lagi tahu memilih dan dapat mengais cinta dari orang lain..Yang mana pilihan itu dari hati Naj sendiri..dan Naj tahu siapa yang patut Nak sayangi,bukan sebegini,jumpa dan kenal pun tak si polan  tu..terus nak suruh berkahwin dengan Naj..”Keras nada ku berbunyi..memang aku tidak puas hati dan tak mahu diri ku dipermain kan..’
“Jangan membantah!!!!kamu tu dah wajib kahwin, dalam keluarga aku tiada yang sejarah anak perempuan kahwin lambat!jangan nak pandai-pandai buat hal kamu sendiri,semua ini takdir kamu..kamu mesti ikut..”tersentak aku pabila ayah ku mula bersuara,dan bagi aku serta adik-adikku yang jika itu kata nya..itu lah..jangan lah sekali di bantahi,buruk padah nya nanti..
“Baik lah,Naj ikut kehendak Ayah,Naj pun tak nak jadi anak derhaka….tapi,satu Naj Nak cakap..Bila semua ini berakhir dengan tragedi,jangan dicari salah Naj..dan tak mungkin cinta mudah terjalin jika tidak mengenali lebih rapat suami itu.”Naj terus berlari ke dalam bilik..Hati nya begitu pedih..tidak henti air mata nya berjejeran keluar…aku tidak tahu bagaimana untuk menerima perkara ini..hati ku pedih,gemboira,,tidak ..tidak sedikit  pun bermain di dalam minda ku..yang ada hanya wajah Fir…Seyuman lelaki itu,dan juga…wajah kecewa lelaki itu…
****
Naj berjalan lambat di belakang Nazim,lelaki yang akan menjadi suami nya kelak..tidak ada terpancar sinar kebahagian di wajah nya..Wajah nya pucat,dan  kelihatan tidak bermaya..mungkin daripada air mata yang hampir sminggu asik menitis tidak berhenti,.
“Hah..kamu nak pergi mana,Zim bawak kamu pergi makan lah nak?..”
“Mana-mana la awak..”Naj hanya mengikuti sahaja,dalam hati Naj seakan pelik..ye lah,tanya aku nak pergi mana,lepas tu dia juga yang bagi keputusan ,.apa punya jantan lah..
Nazim laju melangkah,perut nya lapar..tidak hirau lagi siapa bersama dengan nya pada ketika itu..Sememang nya Nazim mempunyai perwatakan yang agak kelam kabut,dan bersifat seperti kebudak-budak kan..
“Haish,jantan ni..apa hal lah laju je jalan..dia tak tahu ke,dia bawak anak dara orang kat belakang ni..”Naj mengomel,terpaksa membesar kan langkah mengejar Nazim..
“Bum!!!..Bunyi Nazim melanggar sesuatu…
Cepat-cepat Naj pergi membantu Nazim yang jatuh terduduk di atas lantai..pemuda yang dilanggar nya itu juga terpampam di tepi troli seorang lelaki lain yang juga jatuh tergolek besama-sama mereka bertiga..
Naj hanya ternganga..Hati terus berdebar..Tiada lagi muka pucat dan wajah yang tidak bermaya..
Apa yang ada di depan mata nya seakan mimpi..Bila lelaki yang pernah hadir di dalam hidup nya,bagai kan melutut dan merayu agar mereka dipilih sebagai teman hidup di dalam diri Naj…
Naj..Yang mana satu kah Bakal teman hidup mu..
                                                                                                                           TAMAT……


















































































































































































































































































































































































































***