Wednesday, November 17, 2010

Perbualan Terakhir
Eira menanti seperti biasa di Cyber Cafe malam itu. Lazimnya, dia akan bertemu dengan Helmi tepat jam 12 malam dalam irc[chatting]. Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di IRC. Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung-pengunjung IRC kerana mereka hanya menyamar pada bila-bila masa tetapi Helmi lain pula. Dia memang jujur dan berterus-terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak berpeluang bertemu di IRC.

Malam ini, Helmi dan Eira berjanji untuk bertemu di IRC seperti biasa. Dia sering menggunakan nama 'hellboy' manakala Eira pula menggunakan nama 'secret box'. Namun, malam ini berlainan dari malam-malam yang sebelum nya kerana nama tersebut tidak muncul-muncul. Eira kecewa serta hampa kerana Helmi telah memungkiri janji untuk bertemu dengannya di IRC. Eira meninggalkan cyber café itu dengan hati yang sedih.

Selang beberapa malam, Eira kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu mencari Helmi kerana sudah beberapa hari Helmi langsung tidak menghubunginya malahan jauh sekali untuk memohon maaf kerana gagal memenuhi janji yang telah dibuatnya beberapa malam lepas. Hampir sejam Eira berbual dengan rakan-rakannya yang lain, malah Eira turut bertanya dengan rakan-rakannya mengenai Helmi namun mereka turut mengatakan bahawa Helmi sudah sekian lama tidak mengunjungi laman IRC. Tepat jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'hellboy' muncul di screen.Tanpa membuang masa Eira dengan pantas nya menegur Helmi.
Secret bix : Helmi...

hellboy : Ira..maaf saya tak dapat masuk malam itu.

secret box : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?

hellboy : Maaf...saya tak sempat untuk menghubungi awak. Maaf  Ira...

secret box : Tak kisahlah. Awak sihat?


Pertanyaan Eira tergantung di situ. Helmi tidak menjawab pertanyaannya dan terus senyap dan menyepi. Eira menunggu dengan sabar namun Helmi tidak membalas pertanyaan serta panggilan Eira. Sekali lagi Eira dengan rasa hampa dan sedih terus keluar meninggalkan IRC dan pulang dengan bermacam-macam persoalan yang bermain di minda nya.

"Kenapa dengan kau ni, Ira?" tanya Nabila, kawan baiknya setelah melihat Eira melangkah lemah ke biliknya malam itu. "Aku tak faham betul. Kenapa Helmi dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan terhadap dia?kenapa Yaa? Aku tak pandai jaga perasaan orang ke Yaa?

"Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. Mereka boleh menyamar bila-bila masa saja. Aku dah kata jangan terlalu rapat dengan pengunjung IRC, nanti kau juga yang merana tak pasal-pasal,"balas Nabila. "Aku dapat berbual dengan dia malam ini tapi tiba-tiba dia menghilang macam tu saja tanpa menghiraukan pertanyaan aku Yaa. Aku risaulah dengan dia, Yaa," katanya sambil memegang tangan Nabila. Nabila mendiamkan diri seketika. Sejurus itu dia menyarankan supaya Eira cuba untuk menghubungi rumah Helmi. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah akan sikap pelik yang ditunjuk oleh  Helmi malam itu .

Eira bersetuju dengan pendapat Nabila.Dia akan menghubungi Helmi esok malam selepas  pulang dari kelas malam. Pada malam esok nya selepas tamat kelas malam,Eira singgah ke cyber cafe seperti kebiasaan hari. Hajat hatinya betul-betul mahu berbual dengan Helmi sekiranya dia masuk IRC malam ini.Sekurang-kurangnya dia dapat bertemu dengan Helmi sebelum dia menghubungi rumahnya malam itu. Hajat Eira tercapai apabila Helmi masuk ke laman IRC. Hati Eira berbunga serta terukir satu senyuman gembira apabila Helmi telah menegurnya.
hellboy : hye  Ira...awak marah saya ke?
 
secret box : Siapalah saya nak marah awak,Helmi. Kenapa awak macam  nak tak nak      jew chat dengan saya?

hellboy :Ira,sebelum itu saya memohon maaf atas kekasaran saya terhadap awak Ira tempoh har. Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat chat lagi seperti biasa.

secret box : Kenapa Helmi?

hellboy : Saya mengalami kemalangan malam yang saya berjanji untuk masuk ke laman IRC  bagi bertemu dengan awak, ingat lagi tak?

secret box :Yeke ni? Awak teruk ke?

hellboy : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai....saya kehilangan banyak darah ...saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan keluar. Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya terdampar di tepi semak batu 6.

secret box: Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?

hellboy : Tidak ada siapa. Saya masih di sini...menanti orang membantu saya.

secret box : Maksud awak?

hellboy : Saya telah meninggal dunia, Ira. Tolong cari mayat saya. Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah!!.

Secret box : Helmi,benda macam ni awak nak bawa bergurau juga ke?

Hellboy : Ira...saya betul-betul sudah meninggal dunia..Tolong saya Ira!!!!!


Eira tersentak dan lantas dia bangun meninggalkan komputernya dengan rasa takut yang amat sangat. Dia terus mencapai telefon bimbit nya dan menghubungi rumah Helmi. Memang Helmi seorang yang suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawab panggilan nya. Apabila ditanya, dia merupakan kakak Helmi. Setelah memperkenalkan dirinya, dengan lembut Eira bertanya mengenai Helmi. Tiba-tiba wanita itu menangis. Katanya, sudah empat hari Helmi tidak pulang ke rumah. Laporan polis telah dibuat namun masih ada jawapan lagi dari pihak mereka. Dengan suara yang bergetar, Eira berkata kepada kakak Helmi supaya mencari Helmi di dalam semak Batu 6.Setelah memberitahu akan lokasi berkenaa,Eira terus memutuskan perbualan nya tadi. Airmatanya mengalir menbasahi pipi nya dengan perasaan bercampur sedih serta takut.

Keesokan harinya, kisah Helmi muncul di muka depan akhbar Metro.Mayat seorang siswa berumur  25 tahun ditemui dalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan cedera parah dan mulai membusuk. Motorsikal yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsirkan sebagai langgar lari. Eira terus melipat akhbar tersebut malah berjanji tidak akan mengunjungi laman IRC lagi. Dalam diam dia mengakui Helmi memang menyayanginya kerana dalam keadaan sebegitu dia masih cuba untuk berbual dengannya walaupun hanya untuk memberitahu berita  sedih bahawa dia sudah tiada lagi
.

2 comments: