Saturday, November 6, 2010

Antara manis dan duka….
Pertemuan singkat antara nazim dan sarah menjadi titik permulaan bahagia kepada mereka,mula nya bertemu di kedai mamak apabila sarah juga kawan kepada abu,turun atas pujukan abu untuk melepak sambil berteman kan secawan teh tarik dan juga sekeping roti canai..kebtulan juga pada ketika itu nazim baru sahaja memutuskan hubungan cinta nya,gadis yang telah meninggalkan beliau terkontang kanting seorang diri selepas beliau mengerah tenaga membantu perniagaan keluarga si gadis tersebut..
“hai”
sapa nizam memulakan bicara..tidak terlintas lansung di dalam minda nya untuk menuai cinta terhadap gadis yang baru ditemui itu..
“Ini nazim,kawan aku..sori lah ajak kau keluar lepak malam-malam buta macam ni..”
Abu mengenalkan nizam kepada sarah…
“eh,tak apa..aku pun bosan juga duduk rumah,nak stadie pun bukan aku ada mood..”balas sarah sambil menghulurkan tangan nya tanda memulakan perkenalan…
Malam itu pelbagai cerita diutarakan kepada sarah dan abu,daripada hidup nya mula lahir dan juga mula menapak kan diri di kota KL..pelbagai ranjau manis telah dilalui..tidak ada riak kurang senang ketika nizam melontarkan kata dan membuka pengkung di dada nya menceritakan segala-gala  kepada sarah dan abu..dan nizam juga akui,sarah dan abu lah rakan  pertama yang tahu segala kepayahan dan kegagalan nizam memulakan kehidupan di kota KL ini..
“owh…baru aku faham,patut lah kau ni macam tak betul je..banyak sangat benda pelik ko da lalui..”
Seloroh Abu sambil menghirup teh tarik yang menjadi kegemaran nya..
“ish.kau ni tak baik la bu..kesian dia,dah la dia sorang-sorang kat KL ni..lepas tu meniaga kena tipu dengan member sendiri..Bagi la semangat siikit kat kawan ko tu…”
Sarah menguis siku abu,sambil mata nya menjeling nizam..pada ketika itu wajah nizam tenang bagai kan tiada apa yang berlaku,namun jauh di dalam lubuk hati nya mungkin nizam amat sengsara melalui kepayahan hidup yang selama ini tidak dapat digambarkan oleh mata kasar..
Sayu mata sarah,simpati melihat nizam…
*****
“Helo!..ko ada mana??”
Tiada ucapan  yang diberikan sebalik nya terus soalan ditujukan kepada sarah apabila sarah menekan button menerima panggilan daripada nizam..
“Ha???...eh..aku baru balik kelas..apahal kol call aku nih??salam apa tak,terus sergah aku…”
Balas sarah dalam keadaan tepinga-pinga…
“hehe..jangan lah marah,aku nak ajak kau keluar ni..cepat,aku ambik ko kejap lagi..siap-siap k..tut….”
Panggilan dimatikan tanpa ada ucapan selamat tinggal..
“hah??..weh…lah,apa je dia ni..aku dah baru balik,lepas tu senang-senang pula ajak aku keluar..”
Rungut sarah,sambil menyiapkan diri nya…
****
“Lah,kenapa tak cakap awal dengan aku nak pergi tengok movie??aduh..aku pakai seluar pendek je ni,sweater pun aku tak pakai…”
Sarah tergamam apabila nazim melangkahkan kaki nya ke counter tiket sambil nazim mengerling kepada sarah yang dia akan membeli tiket cerita “tranfomers” pada ketika itu…
“OK..aku dah beli dah!..Kejap lagi kita tengok,jom pergi makan  dulu!!”
Balas nazim dengan nada suara yang amat ceria…
****
Perhubungan mereka bertambah akrab…masing-masing meluah  isi  hati masing-masing..Sarah senang berkawaan bersama nazim,bagi nya nazim seorang yang talented dan matang dalam berfikir..walaupun perangai nazim lebih kepada perangai budak-budak namun sarah senang melayan kerenah nazim..
“weh..jom lepak kat tepi air curah-curah tu…”
Nazim memperlawa sarah untuk duduk di tepi curahan air di one utama..antara shopping mall yang mempunyai kehijauan di dalam nya..bukan setakat pengunjung datang untuk membeli belah,malahan juga tempat untuk menenangkan jiwa melihat kehijaun dan melihat titisan air jatuh dari dinding yang memang dibuat khas untuk mengalir kan air…
“ye lah..aku ikut je…”
Balas Nazim kepada sarah…
“erm..da lebih seminggu kita kenal kan sarah..”
Nizam mengajukan soalan..
“Yer..da lebih seminggu..”
Sarah terseyum memandang nazim…
“erm..aku senang dengan kau,..seronok berbual,senang nak ajak melepak…jadi awek aku nak tak?”
Pandai Nazim memutarkan lidah untuk memberi soalan yang membuatkan lidah sarah terkelu..
“err..eh…awek kau??..”
Sarah membalas dengan memek muka terkejut…
“yer la.jadi la awek aku…”
Singkat jawapan diberikan kepada sarah…
“lah..kau ni biar betul zim……..erm…nanti lah aku fikir k..kawan la dulu..”
Balas sarah,tidak terduga sarah apabila tangan nya diraih erat oleh nazim,seakan jawapan yang diberikan tadi adalah jawapan yang ditunggu-tunggu oleh Nazim…sejuk,gementar badan sarah secara tiba-tiba…..
******
Bayangan sarah sentiasa mengamit ruangan di minda nizam,berbunga hati nizam apabila mengenangkan kembali bibit-bibit cinta yang dituai sepanjang pengenalan mereka berdua..
“Aida..nizam tak berhak dalam hal ni,tapi ini kehidupan kita..kita yang patut tentukan semua hala tuju hidup kita,bukan orang lain atau pun keluarga kita..Hampir 3 tahun lebih Aida..3tahun.. hubungan kita ni,tak kan nak akhirkan hubungan ni macam tu je??...”tegas nizam berbicara,remuk hati nya apabila mngetahui kesilapan kecil yang dilakukan oleh nya mengundah padah yang amat besar terhadap diri nya…”..
“Aida tak sanggup..Ai..da..tak tahu nak sebelah kan nizam atau keluarga Aida….”terdengar esakan yang tadi nya halus..semakin kuat kedengaran…
Tut……”talian tiba-tiba putus…”..
Hah..!..tersentak  Nazim dari tidur..secara tidak sedar mulut nya memangil-manggil nama Aida..
Kelam malam berubah suram,cinta bagai karam disambar tsunami,merintih..tetapi badai memerangkap diri,di mana kesudahan nya cinta yang abadi,di dalam diri ataupun di atas keluhan hati.

No comments:

Post a Comment