Tanggal 29 Jan 1977
“cis,apa kah keistemewaan dia Tok Uda?..Apa guna ada nya Tok Uda sebagai Tok Guru yang telah lama berkhidmat mendidik anak kampong kita tentang agama dan juga persilatan,di mana bagus nya ilmu kebatinan itu,itu semua syirik,tahyul..”geram Midun,sambil menumbuk-numbuk kayu jati yang ada di rumah Tok Uda..
“Ya,betul tu Tok..Tok mesti ambil tindakan,ini boleh membahayakan nyawa penduduk kampong,sedang kan kita tidak tahu langsung asal nya mana si Hamzah itu,dan bagus kah Ilmu yang hendak disampai kan di kampong kita ini..”Getap bibir Ahmad,mata nya merah menahan Amarah..
“sudah kah habis kalian merungut dan membabi buta memberikan tanggapan?”Soal Tok Uda,.
“eh..
Kenapa Tok berkata demikian?..Midun pelik dengan persoalan yang diberikan kepada mereka berdua..
Ermh..Asslamualaikum..
Suara garau dengan tiba-tiba mencelah di kala ketegangan baru bermula..
“Waallaikumusalam..”jawab Midun dan Ahmad Serentak..
Tok Uda tenang,Asap rokok nya masih berirama,hilang ditiup angin.
“Apa kamu buat di sini hah?!..jangan sekali berani kamu membuat sebarang onar di rumah tok guru aku!..”jerit Midun sambil menghunuskan parang tanda mempertahan kan diri..
“Midun!sudah kamu..biarkan saja.."Tok Uda memberi arahan kepada Midun agar bertenang.
Ahmad lebih kepada permerhati,tidak terusik getaran jiwa nya melihat langkah Hamzah masuk ke ruang laman rumah Tok guru nya itu.Apa yang bermain di fikiran nya,tujuan sebenar Lelaki itu..Apa niat nya yang sebenar,jahat atau tidak sebenarnya dia.Atau sememang nya Lelaki itu ikhlas untuk memberi kan tunjuk ajar di kampong nya itu,samar-samar apa yang bermain di dalam kepala Ahmad.Penuh tanda tanya..
“Saya minta maaf terlebih dahulu,tidak terniat mengangu petang kalian,Cuma berhajat untuk melawat teman lama saya,tidak salah mungkin..,jika saya hanya datang membawa bungkusan kuih tanda ememberi perhormatan...”jelas,dan tenang setiap butir perkataan yang dikeluarkan oleh Hamzah..
Berkelip-kelip mata Ahmad dan Midun,masih tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Hamzah sebentar tadi..
“Ya..apa khabar kawan ku,hampir belasan tahun kita tidak berjumpa..masih ada kelibat kamu di muka bumi ini,tidak kah kau masih ingat bahawa ilmu kamu itu adalah ilmu yang tidak lansung dipersetujui oleh 7 beradik kita..”tenang Tok Uda membuka kembali cerita lama..
“heh..
Jangan begitu Ulong,kamu sebagai ketua dan juga abang kepada 7 beradik kita,tidak kah ada rasa kemaafan untuk diberikan kepada adik seperguruan kamu ini,sedang kan kamu juga Ulong pernah menderita menahan enak nya Ilmu sendeng ini...
Lembut Hamzah membalas tujahan kata yang diberikan oleh Tok Uda..
Habis Hamzah berbahas,tidak semena Tok Uda Bangun dan..“zassss!!..satu jurus angin tepat disabit ke arah Hamzah..”
Diam membatu Hamzah,ketawa beliau dengan tidak semena-mena..
Ahmad dan Midun seakan telah dipukau..tidak bergerak sedikit pon,hanya mata yang penuh dengan ketakutan menyelubungi jiwa mereka..
“Ulong..ilmu ku bukan ilmu sebarang,ilmu ku ilmu yang kau telah buangkan dahulu..sayang Ulong,.sayang sekali,tidak kah kerdil kamu melihat aku semakin berkuasa me’anak kan anak-anak muda di kampong ini,sudah..sudah terlambat kamu,kamu yang membina dendam ini..kamu yang mula melahirkan ilmu ini,dan kamu lah jua yang tahu akan nikmat nya darih ini..rasakan lah Ulong...
Angin hitam berkepul,kuat meniup..Hilang angin hitam itu,jua hilang lah Hamzah di sebalik butiran tanah yang menghempas deretan tiang di rumah Tok Uda..
*****
Tanggal 2 feb 1977
Manisah berjalan lenggok ke pasar pagi,ayu sungguh paras rupa nya..berpuluh mata melihat tubuh mugil ayu tertonggek-tongek mengoyang kan punggung sambil mata nisah terliar-liar memanjakan diri pabila diri nya menjadi tawanan mata setiap pemuda di pasar itu..
“ewah..adik nisah kita ini..montok benar tubuh nya..ish,geram pula aku melihat kamu ni nisah...”Rahim mula mencabul kata...
“Ya..ya...mai secawan...”Rusman pula mencelah..
“alah,kamu dua beradik ni..sama sahaja,kerja mengangu nisah tidak habis-habis..cuba lah jadi seperti orang lain,bekerja..bukan hanya merayap dan asik mengangu anak-anak dara di kampong ini..”Nisah mencebik kepada mereka..
“ah..kamu ni Nisah,aku bukan nya tidak berkerja..Cuma hari ini,aku cuti..ya lah,apakah kamu tidak penat jika bekerja sahaja..mesti kita perlukan rehat bukan..”
“Betul tak Man?”..Rahim memancing Rusman agar mengiyakan apa yang dikata nya..
“Ya..betul..betul itu..”Rusman menganguk tanda setuju sambil mulut nya penuh dengan kerangupan buah pelam muda.
“hai..Manisah bukan?..”
Tiba-tiba satu suara garau menegur mereka dengan tiba-tiba..
Manisah gugup..suara dan wajah itu..
Rahman dan Rusman memandang antara satu sama lain..
Bermalam sepi di sini,menunggu hari berganti..angin kembali membuai mimpi,seraya menyanyi lagu mengubat hati…
bersambung........
bersambung........
No comments:
Post a Comment